RELAXING MUSIC

Wednesday, 1 February 2017

PENANG DESTINASI PILIHAN

CUTI-CUTI MALAYSIA

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Hai readers semua apa khabar...hari ini admni  nak kongsikan pengalaman  bercuti admin di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara. Kenapa ia di kenali sebagai Pulau Mutiara?? Ramai yang tidak mengetahui mengapa iannya digelarkan Pulau Mutiara mungkin pada satu masa dahulu terdapat banyak mutira di Pulau ini dan akhirnya diberikan nama timangan kepada Pulau yang terkenal dengan sejarah dan heritage nya. Ok dah bercerita panjang ni nak cerita lar serba sedikit sejarah negeri yang unik ni kan. Mesti ramai yang tahu bahawa Pulau Pinang diperolehi daripada perjanjian Inggeris-Kedah yang termetrai pada tahun 1786 yang ditandatangani secara sulit oleh Francis Light tanpa persetujuan Syarikat Hindia Timur Inggeris atau SHTI pada masa tu yang menguasai kebanyakan perdagangan di Asia. Pulau Pinang pada asalnya berada dibawah jajahan negeri Kedah dalam pemerintahan Sultan Abdullah perjanjian itu ditanda tangan untuk membantu negeri Kedah yang pada masa itu menangani ancaman dari Siam.Bermula dari detik itulah Pulau Mutiara ini telah jatuh ke tangan pihak Britis. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Pulau Pinang yang indah ini berbalik kepada pengalaman admin berada di pulau ini sangat-sangat menakjubkan.

Antara tempat indah yang wajib dilawati ialah Street Art, tempat ini merupakan tempat yang wajib dilawati apabila berada di Pulau Mutiara ini. Berdekatan dengan terminal jeti Pulau Pinang, hanya memakan masa selama 30 minit untuk ke sini (kalau xde traffic jam). Street Art terkenal dengan lukisan muralnya yang bersaiz besar dan luar biasa yang kebanyakannya menggambarkan budaya tempatan. Selain melawat lukisan muralnya di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan tempatan yang patut dicuba. Selain itu terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang sememangnya cantik dan menggambarkan budaya tempatan. Selain Street Art tempat yang harus anda lawati adalah Chew Jetty. Di sini ia memaparakan gambaran kehidupan nelayan yang rata-rata penduduknya mendirikan petempatan mereka diatas air ibarat rumah atas air macam tu lar. Memang menakjubkan!! Boleh ruju gambar bawah ni ye maaf gambar sebenar xsempat nak upload lagi google je mampu.



Ha!!cantikan view dia...kalau jalan-jalan kat street arts ni bukan sahaja ni je yang boleh melawat tapi banyak lagi rumah-rumah bersejarah yang dijadikan muzium antaranya muzium Sun Yat Sen, Penang 3D Museum dan banyak lagi kalau nak cerita memang panjang. Nanti kalau ada masa saya ceritakan lagi setakat ini sahaja Penang Story part 1 :)

Anda mengalami masalah mencari hotel???kekurangan bajet jangan bimbang tempah lar dengan kami D'Pearl Hotel budget









No comments:

Post a Comment